You are currently browsing the monthly archive for Ogos 2010.

Sudah lebih dua bulan saya bekerja dan belajar di universiti. Fakulti seperti rumah ke dua kerana saya berada di sini tujuh hari seminggu untuk sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Penat? Tentu. Tapi seronok juga. Lama tidak terasakan hidup yang padat seperti di zaman sekolah menengah dahulu. Di pejabat tugasan saya berkenaan kajian pusat sains, pulang ke bilik, tanggungjawab kelas dan tulisan kajian masjid pula menuntut untuk diselesaikan.

Perjalanan saya di atas jalan ilmu ini semakin tambah sangat bermakna. Allah izinkan saya duduk bersama sekumpulan penyelidik untuk mengkaji pusat sains dan peranannya di seluruh dunia, Allah benarkan saya menjengah ke dunia sufi Melayu bagi melihat makrifat arkitektur masjid lama di Melaka, lagi Allah pilih saya untuk bertemu dengan manusia baik-baik semasa di dalam perjalanan ini. Alhmdulillah. Hari tambah hari, saya semakin melihat jelas hikmah saya  diletakkan bersama Alam Sekitar. Maha suci Allah, saya tidak pernah dapat menjangka untuk meperoleh rahmat seperti ini. Saya jadi pembaca, pendengar dan pemerhati tegar. Terasa seperti hati dan diri ini dilentur lebih lagi.

Selasa lepas saya kembali ke pejabat selepas bercuti hampir seminggu sempena menngumpul bahan kajian di Melaka. Jaulah berdua dengan Aqilah, akhawat sahabiah sejak di matrik. Banyak yang mahu dikongsi, tetapi saya dibenar-benar dibatasi masa ketika ini. Di bilik baru ini saya ter ‘isolasi’ dari sambungan internet yang baik. Almaklumlah duduk di ceruk dunia – sebelah hutan di hadapan tasik. Ada broadband pun apalah gunanya. Tapi tak mengapa, mudah-mudahan kekangan ini menjadi latihan untuk saya ‘bersuara’ apabila perlu sahaja. Semoga diam ini menjadi ruang berfikir  yang baik. Kelak bila berkata ia menjadi zikir, insyaAllah.

Salam kemuliaan Ramadhan buat semua. Semoga memperoleh rahmat dan kebaikan di dalam sepuluh Ramadhan pertama tahun ini!

Si Ranting yang Bercerita

Info Zooxanthellae

Zooxanthellae adalah nama yang diberi kepada gugusan alga dari genus Symbiodinium. Gugusan alga ini telah diciptakan sangat berbeza antara satu dengan lain. Atas nama hubungan yang saling bergantung dan menguntungkan, mereka telah Allah susunkan untuk tetap berkongsi bentuk sferikal yang sama bagi membolehkannya hidup di dalam karang bersama hidupan marin yang lain. Sebagai sel tumbuhan, zooxanthellae memerangkap cahaya matahari semasa proses fotosistesis. Sementelah hidup di atas terumbu karang, zooxanthellae disediakan ‘rumah yang selesa’ dengan perlindungan dan bekalan karbon dioksida yang dibebaskan oleh terumbu karang. Sebagai balasan pula, terumbu karang dibantu ‘bernafas’ dan diberi ‘makan’ oleh zooxanthellae dari produk fotosintesisnya.
Rupanya, selain sebagai pelengkap ekosistem marin, Allah menciptakan makhluk ajaib ini untuk menambah indah dasar lautan. Terumbu karang berwarna menakjubkan kerana adanya zooxanthellae yang hidup secara simbiosis pada karang. Oksigen yang dihasilkan daripada fotosistesis zooxanthellae dan rumpai laut menyumbang jasa yang besar untuk kemandirian darat.
Hari ini dasar laut tidak ceria lagi. Terumbu karang bersedih dengan luntur warna indahnya. Zooxanthellae semakin hilang dek tekanan seperti tumpahan minyak dan pemanasan global. Hubungan sejak 200 juta tahun yang lalu antara zooxanthellae dan karang telah dipaksa cerai oleh manusia yang tiada akal. Tidak mustahil suatu hari nanti, terumbu karang nan indah langsung pupus dari ekologinya lalu meninggalkan sumpahan zooxanthellae yang menakutkan buat kita semua!

Koleksi

Kalendar

Ogos 2010
I S R K J S A
« Jun    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.