Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sesekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali jangan syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. Orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang keras. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. (Fathir 35:5-7)
Bersangka baik dengan ribut dan taufan yang datang. Tak mengapa jika langkah mesti terhenti. Lihat kembali, kamu sebenarnya dipaksakan selamat.
Dan jika kamu di suruh menelan kepahitan dan kesusahan, tak mengapa juga, kerana itulah masa kamu akan semakin mengenaliNya.
Saya berjalan mengikuti jejak cinta sejati. Kamu juga, marilah serta bersama. Ikutlah ini, jalan cinta sejati. Adakah kamu?
Damai sepertiga malam. Saya memandang pada satu jalan. Saya memanggil Kamu, si Pemilik jalan. Kamu datang. Bisik saya, jangan menjauh, saya takut sendiri. Kamu balas kembali, “Aku tidak pernah menjauh, hanya hambaKu yang selalu begitu.”
Kamu dan saya. Rasa gembira. Rasa cinta. Rasa kehilangan. Rasa rindu. Rasa susah. Mahu meluah. Di sini, Allah ada mendengarkan. Sangat halus pengetahuanNya. Lebih belas pula kepada hambaNya. Mari, jangan pernah putus harapan. Jangan hilang pergantungan. Kerana kita punya Tuhan.
Terduduk sendiri. Dia menangis. Dalam rintih dia mengadu, “Allah, lihatlah kepada aku yang telah kembali berbuat dosa kepadamu. Allah, hambaMu ini tidak berlaku taat kepadaMu..” Silau cahaya entah dari mana, terang dan memberikan damai kepadanya. Tidak mengapa berbuat silap, asalkan insan segera bertaubat. Syurga itu bukan kerana kaya amal kebaikan. Bahkan syurga itu kerana rahmat Tuhan. Kemaafan insan dengan separuh hati pemberian, sedang keampunan Tuhan melupuskan kesalahan. Lihat, di sana, Allah ada untukmu. Melangkahlah. Jangan menunggu lagi.

Tinggalkan komen
Sumber komen-komen untuk artikel ini